JOM TEKAN

expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 29, 2009

Lawak Pagi - Pagi

seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center utk menguruskan
badan.. seorg lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi,

"kami menawarkan 2 program disini... RM 50 utk versi'biasa' dan RM
100 utk versi 'cepat'."

mamat tu pon berkata, " saya ingat yang biasa lah sbb saya ni baru nak
try kuruskan badan."

" ok, encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana," jawab
penjaga kaunter.

mamat tadi pon masuk la ke bilik itu dan menutupnya. selang 2 minit
kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke
dalam bilik itu. dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga
menyebabkan mamat tu tak senang duduk,berpeluh.

perempuan tadi berkata," kalu tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat
apa saja dgn saya... hikhikhikk" dan dia terus berlari dalam bilik
itu. mamat tadi pun kejar la.. kejar punya kejar samapai 10 minit pon
tak dapat lagi. tapi mamat tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok
lalu pengsan.

apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati
beratnya dah turun 3 kg. " wow.. mmg senang nk turun berat bdn,..
memang berbaloi aku bayar RM 50 td"katanya seoarng diri.

keesokkan harinya dia datang semula ke tmpt tersebut. dia ditegur oleh
pemuda di kaunter. setelah diberi penerangan seperti semalam.. mamat
tadi memilih utk mencuba versi 'cepat' pula.

"baiklah, encik masuk bilik no. 6 di situ ya.."kata penjaga kaunter.

setelah beberapa minit didalam bilik itu, datangla seorang body
builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakainnya. body
builder itu berkata " saya akan kejar kamu dlam bilik ini, dan kalu
saya dapat ... ... hehhehheee"

Thursday, December 24, 2009

Pertandingan warna-warni di Shah Alam Central pada hari ahad



Sebenarnya untuk ambil bahagian tidak dirancang sebab pergi ke shah alam central untuk membeli kelengkapan dan peralatan masuk tahun satu..kebetulan lalu di kawasan tersebut ada pertandingan tersebut anak saya Iman nak sertai..ok utk sertai aktiviti tersebut.



Ramai kanak-kanak yang ambil bahagian yang tentu colour dah dapat free apa hendak lagi .yang penting biar dia bergaul antara satu sama lain....ini yang saya hendak pandai sesuaikan diri..



Tengok tiga beradik tu dapat galakan daripada emak dan ayah mereka sanggup hantar anak mereka meryertai aktiviti yang bagus nie...mana ler tahu dapat hadiah...dapat isikan waktu lapang dengan perkara berfaedah.



Saya harap biar mereka rasa seronok dengan aktiviti nie...anak saya iman pun masih awal lagi cuma saya hendak dia pandai sesuai keadaan setempat.



Dia dah siap cepat bukan apa dah tak sabar nak beli peralatan sekolah dia ler tu....Selamat melangkah ke alam persekolahan pada 2010 nie dengan jayanya......

Friday, December 18, 2009

Hari ini Awal Muharram Hari Jadi Nur Insyirah yang ke 2 Tahun kalender Islam ( 9.1.2008 nie kalender mat saleh )



Selamat Hari Lahir Nur Insyirah yang ke 2 pada Awal Muharram ini semoga allah berkat kehidupan kami sekeluarga hendaknya....jadi kami sekeluarga akan sambut hari jadi pada setiap Awal Muharram....



Selamat hari jadi ....duduk atas meja beralaskan pinggan dan minum susu jer.....baget kurang tahun nie...



Sempat lagi beraksi tu...saya sekeluarga bersyukur kepada Allah SWT kerana kurniakan cahaya mata yang tak ternilai ini.....Terima kasih Allah....dengan apa rezeki yang diberikan dan akhir sekali Terima Kasih Allah....

Tuesday, December 15, 2009

2 Beradik berkerjasama.........



Apa yang penting kerjasama antara satu sama lain...



2 orang nie penghibur semasa pulang kerja , main jer kerja dia berdua nie..



lepas penat main tido jap..lepas tu sambung balik...buku sana sini...



yang kecil nie suka kacau abang dia .....



tu selipar S.bob yang besar tu iman punya dan yang kecil tu insyrah..kalau tak apa lagi berebut ini dikatakan penghibur semasa pulang kerja.....ok jugak hilang penat sehari berkerja ..

Tuesday, December 8, 2009

zoo negara.....KL dari bulan ke bumi.....



Dari bulan ke zoo negara..ekekeke...dia orang nak sangat ke zoo tengok haiwan dah nak pencen..apa ler x canggih langsung zoo malaysia nie......tapi aku dulu pun sibuk gak nak gie zoo nie.......



Iman bergambar bersama haiwan yang suka gantung leher dia sebab tu leher dia panjang dan tinggi..



nie aku hairan nak bergambar bersama gajah....cari yang cantik sikit....dah bau busuk hitam pulak tu...x cantik langsung gajah nie...ekekekeek




Berhenti jap nak bergambar nie....klip.....




Iman bersama ibunya.......



Kura-kura nie betul otai nie..x silap aku gie tahun 1985 dah ada nie....sekarang dia dah betul2 otai....



Anak-anak saya membesar di kawasan bandar banyak haiwan yang x kenal.....kambing pun x kenal.......betul patut aku bawa dia orang pergi melawat zoo lain ...lagi best...



Tikus belanda....goreng pun sodap nie...eeeeeee sehingga menjilap jari.....



Anak sulong saya bergambar kenangan sebelum balik ke bulan..semula...hahahahahah sekarang mereka gelak kat aku semula.....

Pembaikan semula Tembok Batu belakang asarama putera 1 yang roboh tempoh hari...



Kerja-kerja pembaikan semula tembok batu yang runtuh semasa hujan lebat di campus UniKL MIAT..Kontraktor sanggup buat semula..tu jangan cakap tak ada untung..buat kerja nie...tengok apa dah jadi..jadi kita jangan doakan yang tak elok ..tengok allah dah tunaikan permintaan tersebut...



Tembok batu yang roboh tempoh hari..sebelum kerja pembaikan dilakukan.....



Kerja dijalankan semula....dan pihak kami membuat pemeriksaan keatas pembaikan tersebut...temppoh hari campuran simen tidak betul...salah satu punca tembok batu pecah tu..



Sepatutnya tempat letak kereta dah boleh digunakan oleh student pada bulan 12 nie....tapi disebabkan permasalahan nie...kelewatan berlaku....



Sisa-sisa tanah runtuh dikeluarkan dan digantikan yang baru....saya pun tak lah hebat dalam kerja C&S nie sebab saya dari M&E...

Monday, December 7, 2009

Takut jugak hendak hidupakan WIND TUNNEL.dah hampir 2 tahun tak dijalankan....cuak jugak..



Suka ker tak suka wind tunnel hendak dihidupakan sebab student ada final projek..ada test pressure...ada lah projek dia orang...



Sebab saya cuak bukan apa unit pun saya rasa zaman Hang Tuah lagi kot...nie dtg dari USA..dah berumur..kalau orang dah tak larat....tapi apa-apa hal..sebenarnya unit dah banyak berjasa terutama kat student membuat ujian praktikal...air flow dan sebagainya..



Tengok fius guna zaman batu ..dulu fius buat tembak gajah lagi elok....nie dulu sekarang dah guna MCCB atau ACB..zaman sekarang..



Untuk projek nie ada 3 student 1 local dan 2 international ..tu salah seorang dari paksitan tengah geris utk motor tu..sebab dah lama tak jalan...selepas saya check semua kabel dan terminal semua ok...dan suruh dia orang buang semua habuk kadang-kadang ini yang menyebabkan..kecelakaan jadi langkah keselamatan diutamakan..



Control motor untuk kelajuan sampai angin betul kencang..ler..



Tadi tu control nie motor dia hanya digunakan untuk kawal kelajuan motor yang besar tu....



Tu ..yang warna merah tu bukan darah..air sirap jer..untuk membuat ujian tekanan..sebelum saya on wind tunnel tu....selepas saya on yang warna merah bergerak dan ada bacaan tersendiri...nie final projek dia orang nanti dia jawab dengan pensyarah ...tentang projek dia nie...saya hanya tolong on/hidupakan dan langkah keselamatan dia orang semasa membuat ujian ..



Kat test section nanti masukan equipment dan sambungkan hose-hose kecil ke wayar merah tadi dan lihat keputusan.... saya doakan semoga kepada 3 tadi student berjaya di final projek nie...selamat maju jaya....WIND TUNNEL UniKL MIAT..saya lupa nak ambil gambar selepas test..ok tak apa hari kahmis nie...lagi sekali test nanti saya ambil sebelum dan selepas ...Aviation dan F1 yang selalu gunakan wind tunnel.....

Sunday, December 6, 2009

Selamat pengantin baru Buat Khairul & Normal..



Sebenarnya kedua-dua adalah kawan baik isteri saya.Khairul semasa sekolah kat Bentong dan Normal kat UiTM..... dan isteri saya temukan mereka tak sangka ke pelamin....semoga berpanjangan keakhir hayat hendaknya..



Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepad pengantin ini kerana menyediakan hotel untuk kami sekeluarga semasa di Kuala Terengganu.....semoga allah limpahkan rezeki kepadanya...



Tengok orang umah saya sempat lagi bergambar...



Ini kekawan isteri saya UiTM yang hadir pada hari perkahwinan tersebut di Kuala Terengganu..Sekali lagi kami sekeluarga mendoakan semoga kekalkan jodoh sampai keanak cucu hendaknya.....

Saturday, December 5, 2009

aksi..si kecil tu.....

Conteng buku yang sewaktu denganya....



Habis kalau Insyirah dah dapat pensil tu....habis buku abangnya dikerjakan..tengok aksi dia...bukan main lagi....sabar jer lah...



lepas satu muka surat dia conteng....biar lah anak-anak hendak membesar baru minda bergerak atau cergas...



dah mula....conteng sana sini tapi dinding dia kat conteng.....kalau kat dinding saya mesti marah...bukan kena ajar dari kecil nanti x larat saya nak mengecat semula...



nak conteng buku tak apa, jangan duk nagis tu yang buat saya letih...apa-apa hal saya bersyukur kepada allah s.w.t kerana kurniakan anak yang sihat dan cergas....

Friday, December 4, 2009

Jalan-jalan tengok pesta bunga Di Puterajaya 08/08/09



Pesta bunga di Puterajaya.Risau jugak bawak keluarga pada masa tu H1N1 tengah menganas dan tempat orang ramai..x bawak pesta bukan selalu...



Superbaby saya pun ikut ..saya pakai tutup muka t=yang kecil tak tutup...berserah kepada allah jer..syukur kepada allah sampai sekarang terhindar dari penyakit berbahaya tu...



Tengok tiang tu bunga pun dah cantik......ramai orang datang ..masa tu...


Nie sebahagian gambar yang saya klip....ada banyak lagi...berbagai bentuk,sesiapa yang pergi baru tahu......



Anak lelaki saya sempat lagi berpoising nie...



Kebetulan adik saya tinggal kat Puterajaya pergi bersama....sebenar pada hari tersebut hati saya tak sedap / takut masa H1N1 tengah hebat.....

LinkWithin