- Prof Madya Dr Ravichandran Moorthy
Penganalisis Antarabangsa dan Strategik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ravichandran Moorthy berkata, negara-negara yang disifatkan sebagai ‘big player’ itu mempunyai kepakaran dari segi teknikal dan penugasan di Lautan Hindi.
Katanya, ketiga-tiga negara itu mempunyai kepentingan strategik di Lautan Hindi.
“Kita dapati, Lautan Hindi ada kepentingan kepada India kerana lautan ini dinamakan berdasarkan nama negara itu dan orang India menganggap ia kawasan pengaruh mereka.
“Bagi AS, mereka ada kepentingan laluan perdagangan kapal. Manakala, China pula ada pangkalan tentera di Lautan Hindi. Saya rasa, mereka ini mempunyai kepakaran dalam bidang itu dan kita perlukan mereka untuk bantu kesan MH370,” katanya dalam
rancangan Analisis Awani di Astro Awani, menjawab persoalan kemampuan negara ‘big player’ dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MAS MH370.
Dalam pada itu, Ravichandran berkata, operasi SAR MH370 berhadapan dengan cabaran perkongsian maklumat antara negara kerana kebanyakan negara lebih mementingkan keselamatan tanah air mereka.
No comments:
Post a Comment