Kuala Lumpur: Pasukan penyiasat menemui perisian lima landasan sekitar Lautan Hindi dalam program simulator Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya, di Shah Alam pada Sabtu lalu.
Menurut sumber, walaupun terlalu awal untuk membuat rumusan, penyiasatan
mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan
berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.
“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.”
Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
No comments:
Post a Comment