JOM TEKAN

expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, March 20, 2014

MH370: 26 negara setuju bantu Malaysia

KUALA LUMPUR - Pencarian MH370 kekal menjadi keutamaan Malaysia, yang masuk hari ke-13, dengan memfokus kepada cabaran diplomatik, teknikal dan logistik.

Kesemua 26 negara terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat itu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sejumlah aset sedang menunggu kebenaran diplomatik bagi memulakan operasi bagi mempercepat penempatan aset di sepanjang koridor carian.

Pencarian pesawat itu kini memfokus kepada dua koridor iaitu koridor utara merentangi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga bahagian utara Thailand, dan koridor selatan yang bermula dari Indonesia sehingga bahagian selatan Lautan Hindi.

Pesawat Boeing 777-200ER yang dalam perjalanan ke Beijing dan membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi 8 Mac.

"Meskipun pencarian masih diselaras oleh Malaysia, rakannya kian mengambil alih operasi dalam wilayah mereka sendiri dan di sektor yang dipersetujui," kata Hishammuddin dalam sidang akhbar harian berkaitan perkembangan operasi mencari dan menyelamat MH370 di Sepang, semalam.

Beliau berkata, Malaysia tidak akan tersasar daripada fokusnya untuk mencari pesawat itu dengan menumpukan perhatian yang seimbang di kedua-dua koridor meskipun koridor selatan dilihat sebagai lebih mencabar.

Hishammuddin turut menafikan laporan yang mendakwa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

"Saya boleh mengesahkan bahawa, Panglima Angkatan Tentera Malaysia telahpun menghubungi rakan sejawatan beliau di Maldives, yang mengesahkan kesemua laporan ini adalah tidak benar," katanya.

Beliau turut menafikan spekulasi bahawa titik laluan tambahan didokumentasi kepada laluan penerbangan itu dan mengesahkan pesawat berkenaan di laluan normal sehingga ke titik laluan Igari.

Hishammuddin menambah, penemuan kotak hitam adalah penting untuk menjawab segala persoalan dan ketidakpastian, oleh itu, pihak berkuasa Malaysia dan pasukan penyiasat meminta bantuan kepakaran serta pengalaman Perancis berhubung kotak hitam.

Katanya, beliau mendapatkan khidmat Lembaga Keselamatan Penerbangan Awam Perancis (BEA) bagi membantu pasukan mencari dan menyelamat.

"Mereka memiliki pengetahuan berdasarkan nahas pesawat Air France yang terhempas dan mengambil masa dua tahun bagi mengesan lokasi kotak hitam," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin