JOM TEKAN

expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, March 14, 2014

Keluarga lebih percaya maklumat pihak berkuasa

PUTRAJAYA: Genap seminggu pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kebanyakan anggota keluarga dan waris penumpang dilihat lebih mempercayai maklumat yang disalurkan oleh pihak berkuasa.
  
Seorang daripada kaunselor yang ditempatkan di Hotel The Everly di sini, Juwairiyah Jaafar berkata, maklumat yang disalurkan itu dilihat dapat membantu anggota keluarga menentukan apakah langkah perlu dilakukan selepas ini.
  
"Menerusi sesi kaunseling kita nasihatkan anggota keluarga untuk tidak mempercayai laporan media sosial. Alhamdulillah setakat ini, mereka hanya percaya maklumat sahih yang disampaikan pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau yang juga Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata berita yang kurang tepat serba sedikit boleh mengganggu emosi keluarga.
  
Jelas Juwairiyah, berbanding sebelum ini, semua anggota keluarga kini sudah bersedia menerima sebarang kemungkinan dan lebih mengambil pendekatan kerohanian.
  
"Bagi yang Islam sudah sampai satu tahap sebagai manusia kita sudah tiada lagi usaha yang lain boleh dibuat hanyalah doa dan solat hajat," katanya.
  
Juwairiyah berkata semua kaunselor yang berada di lokasi 24 jam bersedia berjumpa dengan anggota keluarga pada bila-bila masa.
  
"Terdapat empat syif dengan antara enam hingga lapan orang kaunselor ditugaskan pada setiap syif,"  katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin