JOM TEKAN

expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 18, 2014

Di mana MH370 boleh mendarat?


MAKLUMAT data mendapati pesawat MH370 berhubung enam kali dengan  satelit  dan yang terakhir direkodkan pada jam 8.11 pagi pada waktu tempatan 8 Mac lalu bukti pesawat itu tidak mengalami masalah teknikal meskipun transporder sudah dimatikan berhampiran sempadan kawalan trafik udara antara Malaysia dan Vietnam.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam  (DCA), Datuk  Azharuddin  Abdul Rahman berkata, berdasarkan data satelit berkenaan, kajian dilakukan pakar bagi menentukan laluan yang digunakan MH370.

Menurutnya, isyarat itu dikesan pada tempoh pesawat hilang daripada titik Igari untuk sempadan kawalan trafik udara Vietnam dan Malaysia dan ‘air turn back’ ke Selat Melaka.

Sidang media semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pesawat berkenaan  mempunyai tempoh 30 minit  sahaja selepas itu untuk melakukan penerbangan sebelum   kehabisan minyak.

Walau bagaimanapun beliau sebelum itu  turut menafikan pesawat berkenaan mendarat di Pengkalan Tentera Diego Garcia milik AS di Lautan Hindi.

Jadi ke mana pesawat yang hendak kehabisan minyak boleh melakukan pendaratan cemas?

Seperti yang diketahui umum di kawasan  Lautan Hindi cukup luas dan mempunyai banyak pulau-pulau kecil.

Menurut pakar,  MH370 boleh mendarat dengan selamat pada landasan pendek yang bukan khas untuk kegunaan pesawat komersial sepertinya.

Jika mendarat dengan kawalan juruterbang di laut, pesawat dianggarkan mengambil masa tiga minit untuk meluncur sebelum terhenti dan terapung sebelum tenggelam jika air memasuki kabin sepenuhnya.

Berbeza dengan sebarang pendaratan di daratan seperti padang pasir, pesawat boleh mengalami banyak kerosakan kerana permukaan tidak rata dan keras yang boleh menyebabkan MH370 melambung  atau terhempas di luar kawalan.

Jika teori ini tepat,  MH370  yang dilaporkan  dikendalikan secara manual oleh  seseorang yang mahir di dalam kokpit  akan melalui kawasan   Kepulauan  Andaman  selepas isyarat terakhir dipercayai dari pesawat itu  dikesan radar  Tentera Udara Diraja Malaysia  di situ.

Pulau Nicobar yang terletak Lautan Hindi mempunyai tiga landasan kapal terbang tinggal yang sudah tidak digunakan. Salah satu daripadanya adalah Lapangan Terbang Campbell Bay yang terletak 190 kilometer Utara Kepulauan Sumatera.

Selain itu, terdapat sebuah lagi landasan kapal terbang dibina tentera Jepun pada tahun 1942 hingga 1945. Landasan ini kemudiannya diubahsuai dan dipanjangkan  sehingga 8,886 kaki oleh Tentera Udara India pada 1967.

Sebuah lagi landasan kapal terbang terletak di Utara antara  Pulau Andaman dan Nicobar. Ialah Landasan Kapal Terbang Shibpur yang kini juga sudah tidak lagi digunakan.

Landasan kapal terbang tinggal juga wujud di Pulau Koko yang dikatakan  dimiliki oleh tentera  Myanmar  dan sesetengahnya mengatakan ianya kini di bawah kekuasaan China.

Pilihan terakhir, MH370 juga  boleh mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Veer Savarkar  atau lebih dikenali sebagai ‘Portblair’ milik Negara India  di pulau yang sama yang difahamkan kini dalam proses pengubahsuaian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin