Sosej Chorizo | Sosej Babi Halal ada Cop JAKIM
Tidak habis dengan isu kini timbul pula satu lagi isu baru yang mengemparkan negara kita. Ya, Sosej Babi yang HALAL! Pelik benar bunyinya apabila ada sosej yang sudah terang-terangan dibuat dari babi ini boleh jadi halal. Mana JAKIM?
Sosej yang ditulis Chorizo merujuk kepada babi dan oleh sebab itu boleh dipanggil sebagai sosej babi. Memang satu perkara yang mengejutkan apabila sosej babi ini mempunyai logo halal JAKIM. Macam mana JAKIM buat kerja? Atau mungkinkah logo halal JAKIM ini palsu, atau apa lagi kemungkinannya?
Sesiapa ada makan Sosej Chorizo @ Sosej Babi ini? Kalau ya, nauzubillah…
Ulasan Akhbar Sosej Chorizo, Sosej Babi Haram ada Logo HALAL JAKIM!
KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”
Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.
Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.
Aira berkata, selepas mengesan sosej ‘chorizo’ itu dia cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging babi, tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya.
“Yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang berbanding sosej daging lembu yang kelihatan kemerahan,” katanya.