JOM TEKAN

expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 5, 2011

Realiti Kehidupan Sekarang



Realiti Kehidupan Sekarang


Untuk mendapatkan tubuh badan yang sentiasa sihat dan cergas maka kita tidak dapat lari daripada mengambil pemakanan yang seimbang. Kita selalu digalakkan supaya mengambil makanan seimbang mengikut piramid makanan yang disyorkan, lebihkan makan sayur, ulam, ikan, sumber daging dan kurangkan makanan berlemak, berminyak, bergaram dan sebagainya. Saranan ini amat baik jika kesemua sumber makanan tersebut terhasil daripada proses semulajadi. Bagaimana pula jika sebaliknya, apabila kita sendiri tahu, sumber makanan tersebut mungkin tercemar dan dihasilkan dari sumber yang tidak berasaskan kepada alam semulajadi (Natural Based). Selamatkah makanan dan minuman yang kita ambil setiap hari itu?


Kita pernah mendengar sayuran disembur dengan racun bagi membunuh makhluk perosak dan dibaja dengan bahan kimia, ikan diawet dengan ubat supaya segar, binatang ternakan disuntik dengan hormon untuk mempercepatkan tumbesaran dan sebagainya. Makanan daripada sumber organik mungkin dapat menyelesaikan masalah ini, namun faktor harga dan sukar mendapat bekalan mungkin menjadi penghalang bagi sesetengah pihak terutama mereka yang berpendapatan rendah. Bukan semua restoran, gerai dan kedai makan menyediakan makanan organik ini, dan jika ada sekalipun harganya akan menjadi lebih mahal daripada sumber bukan organik.


Mengimbas kembali cara hidup generasi terdahulu, sebagai contoh, padi ditanam tanpa menggunakan baja kimia, kaedah menghalang makhluk perosak tanpa menggunakan racun, selepas padi dituai, dijemur dan ditumbuk dengan lesong tradisional, ikan pula dapat ditangkap di sawah padi, sungai, kolam dan laut yang tiada pencemaran. Ayam diternak cara kampung, sayur-sayuran ditanam di belakang rumah dan dibajai menggunakan najis binatang peliharaan. Minyak kelapa dihasilkan sendiri dari santan yang segar, kopi ditanam, dijemur dan kemudian digoreng tanpa minyak dan ditumbuk menjadi serbuk. Mereka yang sempat melalui zaman ini pasti dapat merasai bagaimana harumnya aroma dan bau minyak kelapa dan kopi yang dihasilkan secara tradisional ini.


Namun zaman telah berubah, apa yang kita makan hari ini seolah-olah memendekkan umur kita dan menjemput penyakit lebih awal menziarahi kita daripada sepatutnya. Seperkara lagi, kerjaya harian kita khususnya mereka yang bekerja di pejabat dan kurang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh menjadikan tubuh lebih cepat mendapat pelbagai jenis penyakit sebelum waktunya. Gaya hidup juga sudah berubah sehingga segala-galanya hendak cepat hinggalah ke soal makan dan minum.


Disebabkan oleh masalah-masalah ini, maka pengambilan makanan tambahan (Food Supplement) adalah perlu bagi memastikan tubuh badan kita dibekalkan dengan nutrisi, vitamin, zat dan mineral yang mencukupi. Kita tidak ada pilihan lain walaupun sesetengah pihak menyatakan tidak perlu bagi mereka yang sihat untuk mengambil makanan tambahan (Food Supplement), dakwaan ini benar jika kita hidup pada zaman Kerajaan Melaka dahulu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin