JOM TEKAN

expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, July 24, 2011

Burung Walit - jenis-jenis sarang

















Apakah itu Sarang Burung?

• Sarang Burung yang dinyatakan ini adalah sarang burung walet  yang membuat
sarangnya dengan menggunakan air liurnya sendiri.

Perbezaan di antara Sarang Burung berwarna putih, hitam dan juga merah ?

• Sarang burung yang berwarna putih dihasilkan oleh spesis burung walet yang dipanggil
“Aerodramus Fuciphaga”. Sarang yang berwarna putih adalah lebih berkualiti.
• Sarang burung yang berwarna hitam dihasilkan oleh spesis burung walet yang dipanggil ”
Aerodramus maxima” .Harga bagi sarang yang berwarna hitam adalah lebih murah berbanding
sarang yang berwarna putih.
• Sarang yang berwarna merah dihasilkan oleh kedua-dua jenis burung walet. Warna ini terhasil
apabila berlaku tindak balas kimia di antara air liur burung itu dengan sejenis batu yang terdapat
di sesetengah gua.

3 jenis sarang burung:

• Sarang Burung Berdarah ( Merah )
• Sarang Burung Sutera Keemasan ( Kuning )
• Sarang Burung Maharaja Putih ( Putih )

Perbezaan di antara Sarang Burung liar (gua) dan secara ternak (rumah burung)

• Sarang Burung Liar - Kurang berkualiti kerana sarangnya mengadungi bulu burung serta kotoran
semulajadi.
• Sarang Burung Ternakan - Lebih berkualiti kerana sarangnya lebih licin serta bersih.

Kandungan Sarang Burung?

• Mengandungi 60% protein (protein larut air & protein aktif).
• Tterdiri daripada 18 jenis asid amino penting, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, zat besi, kalium,
fosforus & magnesium.
• Bahan yang paling penting ialah faktor perangsang mitogen-MSF dan faktor pertumbuhan
epidermis-EGF yang dikenali sebagai “Gen Kecantikan”.

Kandungan Kimia Sarang Burung ( Sumber daripada Dr. Lim Chan Koon (2002), Swiftlets of Borneo )

• 9% moisture
• 20% inorganic ash
• 32.3% protein (Glycoprotein & 17 types amino acids)
• 38.7% carbohydrate (sialic acid, hexosamines, hexoses, deoxyexose).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin