JOM TEKAN

expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 13, 2010

Jatuh cinta dengan Malaysia


HAMPIR tiga dekad lalu, Lee Kwang Sun, 53, membuat keputusan paling besar yang telah merubah kehidupannya pada hari ini. Warganegara Korea Selatan itu memeluk agama Islam dan memilih nama Abd. Hafiz Lee Kwang Sun.

Pada masa itu, keputusan memeluk Islam tidak dipengaruhi oleh sesiapa kerana tiada seorang pun ahli keluarganya meninggalkan agama asal mereka iaitu Buddha. Dengan keputusan tersebut, Abd. Hafiz menjadi sebahagian daripada golongan minoriti di negara berkenaan.

"Apabila tinggal di sini, kami perlu menghormati budaya, undang-undang dan rakyat Malaysia serta belajar menerima cara hidup masyarakat di sini," ujarnya fasih bertutur bahasa Melayu.



SELAIN Kimchi , setiap hidangan Korea turut disajikan dengan makanan sampingan berupa sayur-sayuran.

Jun menambah, perkara yang dikagumi di Malaysia ialah kaum wanitanya yang kuat bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada lelaki.

"Kehidupan di Malaysia sangat seronok dan saya dapat menyanyi setiap hari di tempat kerja. Saya juga sangat gemar masakan tempatan terutama nasi goreng kampung,"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin