Tahukah anda setiap tahun terdapat
berjuta-juta orang didunia ini dijangkiti penyakit resdung . Penyakit
ini sudah tentu akan menyukarkan kehidupan seharian anda. Hal ini juga
mampu membuatkan anda menjadi lebih mudah hilang sabar bergantung kepada
individu tersebut. Ini kerana mereka yang menghidap resdung akan mudah
berasa sakit kepala akibat kesukaran bernafas.
Apakah itu penyakit resdung ?
Resdung ialah radang pada rongga-rongga
sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya
lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan
mengalir kedalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir
tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan
menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan
tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula
terjejas.
Istilah Perubatan Tradisional – Ia
merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan
organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.
Istilah Saintifik – Merupakan virus
kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor
yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir
bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ
tertentu dalam badan.
Apakah tanda-tanda resdung ?
Antara tanda-tanda yang menunjukkan
bahawa kita mengalamai penyakit resdung ialah apabila mengalami
masalah-masalah seperti berikut:
- Sering mengalami hidung tersumbat?
- Mempunyai lendir dari hidung dan tekak?
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata?
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang?
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan?
- Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung?
- Mengalami jerawat di muka dan badan?
- Nafas berbau?
- Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur?
- Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain?
Apakah punca resdung ?
- Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
- Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
- Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
- Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat
JENIS RESDUNG(SINUSITIS)
* Akut
* Kronik
AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.
KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk
Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.
info dari :- http://www.klik4sihat.com/#
No comments:
Post a Comment