Mari kita lihat apakah hubungan di antara anda dan emas.
Jika anda seorang yang kaya raya dan mempunyai banyak wang tunai, maka menyimpan emas
boleh membantu anda mengekalkan kekayaan anda kerana ia kalis inflasi. Harta anda tidak
merosot sebaliknya berkembang.
Jika anda ingin menyimpan harta yang terunggul maka emas boleh menjadi harta terbaik. Ia
tidak boleh dibinasakan, ia bernilai untuk selama-lamanya, ia mudah dibahagikan dan ia
merupakan harta yang paling mudah dicairkan kepada tunai.
Jika anda ingin membina kekayaan maka simpanlah emas. Ini kerana purata kenaikan harga
emas mencecah 34% setahun (berdasarkan purata 10 tahun). Kenaikan ini adalah jauh lebih
tinggi daripada pelaburan ASB atau simpanan tetap di bank.
Jika anda ingin menjana pendapatan dengan emas maka anda boleh berniaga emas. Ini kerana
berniaga emas memberikan pulangan yang lumayan. Tahukah anda peniaga emas mendapat
keuntungan seperti berikut?
1. Jual emas = untung
2. Beli balik emas = untung
3. Tidak boleh menjual = tetap untung sebab harga emas semakin naik
Sebab itulah saya mengesyorkan agar anda mendalami ilmu emas dan mengambil tindakan
secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment