KEINDAHAN Ramadan seolah-olah tidak lengkap tanpa buah tamar atau kurma sebagai
hidangan wajib berbuka puasa. Tidak hairanlah, di mana-mana saja - baik di pasar raya besar mahu pun gerai di kaki lima, kurma adalah jualan wajib yang pasti menggamit pembeli.
Biarpun sekadar dua atau tiga biji, kehadirannya di celah pelbagai juadah, membawa keberkatan yang bukan sedikit kerana kurma turut menjadi pilihan Nabi Muhammad SAW untuk berbuka.
Kaya dengan sumber zat besi, potassium, magnesium, sulfur, kalsium selain pelbagai vitamin termasuk asid folik. * Kandungan tinggi magnesium dalam kurma boleh mencegah barah. Amat jarang didengari puak Badwi diserang barah kerana bergantung kepada kurma sebagai makanan utama mereka.
INFO: Kebaikan kurmaSatu kilogram kurma memberikan 3,470 kalori kepada tubuh sebaik memakannya. Tenaga itu memuaskan selera makan, yang amat penting terutama ketika berbuka puasa. Memakan kurma juga dikatakan memudahkan wanita bersalin. Vitamin A dalam kurma dapat memperbaiki penglihatan dan menjadi penawar masalah tidak nampak pada waktu malam dan kekeringan mata serta mencegah penyakit mata. Kurma juga penawar yang baik untuk masalah pening kerana ia mengawal pergerakan telinga. Disebabkan ia juga mengandungi zat besi dan kalsium, kurma juga penting untuk pembentukan tulang, gigi dan tisu otak.
kurma....bnyak khasiatnya,...
ReplyDelete